sEgaLAnYa PadAMu…..

"Alhamdulillah segala pujian itu selayaknya hanya
pada Allah. Hanya Allahlah yang memahami dan
mengetahui segala isi hati hamba-hambaNya.
Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah
kepada diriku…tetapi bagaimanakah kasih sayang
dan cintaku kepadaMu Rabbi…hanya Engkau
Maha Mengetahui.

Di kala hatiku resah dan gelisah, Allah datangkan
seseorang untuk meniupkan semangat kepadaku.
Salah satu nikmat yang hanya dapat difikirkan dan
begitu dihargai tatkala muhasabah diri ini sentiasa
aku lakukan.

Peristiwa itu menjadi rakaman bersejarah bagiku.
Tanpa diminta, secara tidak langsung, walaupun
termasuk dalam doaku sehari-hari

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melayari
kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran dan
dugaan ini,Ya Allah, golongkanlah hambaMu ini
didalam golongan orang-orang yang sentiasa sabar
menempuh segala cabaran, ujian dan
dugaanMuYa
Rabb,
sesungguhnya aku lemah, maka jadikanlah
aku kuat…, sesungguhnya aku hina, muliakanlah
aku disisi-Mu ya Rabb….

Allah memperkenankan permintaan ku ini.
Walaupun bukan sekali ini sahaja malah sudah
berkali-kali, samada secara sedar atau tidak,
Pemilikku pasti menjawab dan memperkenankan
permintaan-permintaanku….cuma seringkali aku
masih tidak menyedarinya dan seringkali juga diri
ini terlupa.

Ada pepatah mengatakan, seandainya kita
meminta untuk menjadi kuat, nescaya Allah akan
turunkan ujian untuk menguatkan kita. Sesuatu
yang jarang difahami dalam seni tarbiyah Ilahi. Dan
ketika ujian, kesusahan, cabaran dan detik-detik
getir menjengah dalam rutin kehidupan, seringkali
istilah SABAR menjadi tanda tanya. SABARkah
aku dalam menjalani ujian dariNya…SABARkah
aku diuji dengan ujian sebegini….dan secara fitrah
diriku seorang wanita, terkadang air mata pasti
akan mengalir laju dipipiku ketika ku
lemah dan ku
tak daya menghadapi ujian-Nya.

Bukan, tangisanku ini bukan bermakna ku tak
redha Ya Allah….. air mata yang mengalir laju ini
bukanlah kerana mengingkari ketentuan-
Mu…bukan….tapi menunjukkan betapa kerdilnya
diriku…betapa lemahnya IMAN ku dalam
menghadapi ujianMu ini. Betapa diriku ini sedang
berusaha agar tidak kalah dalam pertarunganMu
ini….pertarungan antara keIMANan dan
keKUFURan, pertarungan diantara pertimbangan
aqal dan hawa nafsuku.

Setiap peristiwa yang dilalui itu ada hikmah
disebaliknya…..setiap ujian itu adalah tanda
ingatan dan kasih sayang Ilahi keatas diri, agar tak
lalai dan lupa, bahawa diri ini adalah kerdil
berbanding dari-Nya. SABAR itu adalah yang
pertama……selepas itu…bukanlah SABAR
namanya. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi,
untukmu raih kejayaan…….hanya sedikit sahaja
lagi untuk ku mengecap kebahagiaan., itu
ungkapanmu teman….tetapi
yang sedikit itulah
yang benar-benar menguji kesabaran dan juga
keimananku.

Sabarkah aku dalam diuji? Sabarkah aku
menerima ketentuan Ilahi? Sabarkah aku ketika
Allah meminta bukti dari ikrar keIMAN yang aku
lafazkan?.

Terima kasih teman, kerana kau hadir untuk
mengingatkan diriku tentang kelalaian dan
kealpaan diri. Terima kasih ya Rabb, kerana
sentiasa membasahkan bumi ini dengan
menurunkan hujan demi membersihkan udara
yang
penuh dengan debu kekotoran, juga menurunkan
ujian dalam membersihkan diriku…agar aku
mengadapmu dalam keadaan bersih dari noda-
noda dosa….semoga ujian-ujianMu dapat
kutempuh dengan penuh keSABARan, dan jangan
biarkan ku terkapai-kapai dalam mencari redha
dan
cintaMu Ilahi….redhailah kehidupanku ya Rabbi
dan golongkanlah diriku ini dikalangan mereka
yang bersyukur dan berbakti…..amin.

Leave a Reply